Monday, August 9, 2010

perang teluk

Saya nak sambung citer perang teluk...
Amerika dakwa tentera bersekutu menang semasa perang teluk satu...Tapi Saddam Hussein tak jatuh juga masa tu...Bush yang pening kepala dan muka tebal buat lawatan ke Jepun..Tapi masa makan dia muntah muntah dan jatuh di riba Miyazawa, perdana menteri jepun masa tu.

Maka tentera bersekutu masuklah ke Basra,tempat orang syiah di Iraq. Mereka punya suka, sampai peluk cium askar amerika.Sebabnya, nak berebut sekeping roti...Malunya...saya sebagai orang islam yang preview visual tu.....Menitis air mata...Ini la orang Islam....Dan mereka terkinjda-kinja melompat seronok sangat peluk askar Amerika seumpama perayaan Thaipusam yang disambut oleh orang yang beragama hindu.

Lepas tu, pasukan pakar senjata atom masuk ke Baghdad nak cari senjata nuklear Iraq. Sekejap kata di kementerian pertanahan..sekejap geledah di kementerian pertanian. Sampai hari nipun mereka tak jumpa....Tak ke penipu namanya....

Fikir punya fikir, saya percaya mereka mencari senjata biolgi atau germ weapon..sebabnya, askar Amerika yang balik dari perang teluk pertama ramai yang dapat gatal gatal dan penyakit kulit...Dan ramai anak mereka yang dilahirkan cacat. Artikel ini dimuatkan oleh Reauters di mana saya telah memetiknya untuk siaran berita..

Atas nama nuklear yang tak jumpa tu, Amerika lamcar perang Teluk Dua...Sehingga Saddam dan Izzat Ibrahim pembantunya mati digantung. Mungkin tak salah saya la...Tariq Aziz yang beragama kristian tak digantungpun....(maaf, ini bukan provokasi.tapi minta anda fikirkan) Malahan orang syiah melompat-lompat gembira bila dapat tahu Saddam telah mati....Inikah cara orang islam mendengar berita kematian?

Nanti kita sambung kesah Irangate.Masa perang Iran Iraq, Washington bantu iraq, tapi pada masa yang sama jua senjata pada Iran......