Monday, July 12, 2010

IRAQ YANG KU KENALI

Apabila Mesir memetari perjanjian Camp David dengan Israel, negara yang paling menentang iaah Iraq, pimpinan Saddam Hussein. Sejak itu, ibupejabat OIC telah dipindahkan di Baghdad.

Pada ketika itu, Iraq cukup digeruni oleh kuasa besar. Apa lagi apabila Saddam Hussein memberi amaran kepada Israel ....Jangan sentuh Palestin..

Melihatkan anak emasnya diancam ini Kuasa Besar tak dapat duduk diam. Kalau dulu, dia sokong Saddam perang dengan Iran, sebenarnya dia mengambil keuntungan daripada kedua-duanya...antaranya skandal Iran Gate atau Iran Kontra....Tak salah sayalah, FBI tersalah siasat kut, bila tahu CIA hantar senjata ke Iran untuk berperang dengan Iraq...dan hasil duit senjata tu...disalurkan kepada pemberontak Nicaragua..

Antara percaya dengan tidak...negara yang menjadi perantara menghantar senjata itu, dipercayai Israel...dan orang yang menguruskan jual beli ini adalah orang kaya Islam....Aku terbaca dalam reauters...tapi sayang, aku tak simpan artikel ni....Menyesal tak sudah.

Maka pada hujung 80an...timbullah kes seorang wartawan dari London...tak ingatlah dari stesen mana...BBC ka...ABC....Nama singkatannya Bazouf...berketurunan Iran.
Iraq dapat tahu dia ni spy..ditangkap, dibicarakan dan dihukum gantung...

Maka, marahlah John Major dan Bush....(Bapa Presiden Bush) Tersingkaplah rahsia...entah betul ke tidak....Kuwait mencuri minyak Iraq melalui telaga Rumaila....Tapi duit tu juga disalurkan pada Iraq untuk serang Iran...Dengan ertikata "curi daripada tuan dan disedekahkan kepada tuan itu juga"'


Saddam Huseein naik angin dan serang Kuwait...Sebenarnya, inilah yang dikehendaki dua kuasa besar tu...Depapun..berpestalah mengebom bumi Iraq....Yang sedihnya....Arab Saudi bagi pangkalan tentera di utara negara tu...Tak silap "Dharan" dan Turki bagi pangkalan tenteranya di selatan"INCURLIK"
Dan aku juga terbaca dalam Reauters yang setiap kali mereka mengebom iraq, yang bayarnya adalah Arab Saudi.Pelikkan?

KITA SAMBUNG KEMUDIAN NANTI.....

Musuh tradisi

Pepatah Cina ada mengatakan, sehari, cari seorang kawan...Bukannya cari seorang musuh.
Namun, apa yang nak dikatakan ini, harap pembaca semua renung-renungkan.
Dalam Istilah Bahasa Melayu kini sudah ada perkataan iaitu "MUSUH TRADISI"
Jika tak salah, ungkapan ini, sering disebut oleh orang dari parti PAS terhadap UMNO.
Contohnya, kata Nik Aziz, lebih baik berbaik dengan Setan daripada dengan UMNO. Lebih baik berbaik dengan DAP daripada dengan orang UMNO kerana dia musuh tradisi kita"...Tak salahnya, macam tu la.....Kalau kita baca dalam surat khabar baik Utusan mahupun Harakah.selalunya Nik Aziz kata begitulah...

Apa lagi orang-orang sekelilingnya....Maka dicanangkanlah sehingga kini, UMNO musuh tradisi PAS..

Maka kerana musuh tradisi ini berlakulah masam muka, cabar mencabar sehinggalah dalam rumah tangga..Saya tak dapat bayangkan bangaimana kehidupan suami isteri jika seorang PAS seorang UMNO...Sehinggakan menganggu amal mereka nak menunaikan fardhu haji. Seorang nak pergi dengan Tabung Haji..Seorang tak mahu...

Kemudian, berlaku kes bila siayah pesan pada anak-anak, balik rumah, jangan cakap politik...Takut, bila dah berkumpul, jadi pula kes gaduh anak beranak...Senario ini dah biasa di kalangan keluar Melayu kini.

Bagaimanapun, rata-rata bila ditanya kepada orang UMNO, siapa musuh tradisi mereka, ramai yang menjawab "kami tak ada musuh." Ataupun ada juga yang mengatakan...Orang yang selalu anggap kami musuh...tapi kami tak anggap depa musuh"

Untuk itu, ingin saya singkap sejarah jahiliyah.....Sebab seekor unta, sesuatu bani itu bermusuhan sehingga beratus tahun....Sehinggalah bila zaman Nabi Muhammad S.A.W. baginda berusaha menamatkan pemusuhan ini atas nama seagama (ISLAM)

jadi, marilah kita berfikir....."MUSUH TRADISI ini, berlaku zaman Arab Jahiliyah....Tetapi lihatlah hari ini....jika PAS ada musuh tradisi ini,...mereka ni apa......Fikir-fikirkan....

Saturday, July 10, 2010

Persidangan umno bahagian lumut

Assalamualaikum
Hari ini 10 Julai, telah berlangsung ersidangan UMNO Bahagian Lumut di Dewan MPM Manjung. Dirasmikan oleh MB Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Banyak perkara diluahkan oleh perwakilan terutamanya mengenai masjid yang menjadi medan ceramah politik pembangkang..

Betul juga ye...Kalau masjid dijadikan medan politik, di mana kebaikan yang sepatutnya ada pada sesebuah masjid. Bukan saja adab dan amalan yang ditekankan di Masjid. tutur kata juga nak dijaga...kalau masjid dijadikan tempat memfitnah, menggelar orang dengan gelaran buruk, umpat keji....maka, peranan masjid dalam menyatupadukan orang Islam sudah tidak berfungsi lagi la..

Sebab tu Nabi Muhammad S.A.W.Apa yang dibuatnya sesampai di Madinah adalah membina masjid....Masjid kan lambang penyatuan Islam....Bukan memecahbelahkan....fikir fikirlah..

Persidangan umno bahagian lumut

Friday, July 9, 2010

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...Petang tadi, Allah S.W.T.membuka peluang untuk saya hadiri ceramah Israk dan Mikraj anjuran W.I. Sebenarnya, dari kecil, saya dah banyak kali dengar tentang kisah perjalanan Nabi Muhammad S.A.W.Dari Mekah, ke Masjidil Aqso sehingga ke langit ke 7.Ada Mazhab yang menafikan peristiwa ini...

Dalam tu, ada ustazah ceritakan tentang siksaan mereka yang suka mengumpat, mengata, mengeji dan mencerca..selalunya ...kerja macam ni, ditujukan kepada wanita....
Renungan saya, kalau mengumpat tu, di depan tangga, sambil menyapu di halaman....yang mendengar umpatan dan fitnah tu...hanya sorang dua yang dengar..

Macam mana pula ye.....sekarang ni, umpat dan fitnah di internet...dan kerja ni, kalau nak difikirkan, ramai orang lelaki yang buat......Tak ada kah ulama-ulama kita yang nak berceramah dan nyatakan hukum tentang umpat, maki hamun,mencerca dan memfitnah di internet.....kemudian disebarkan pula sedangkan apa yang disiarkan tu sahih ke tidak....

Thursday, July 8, 2010






salam satu Malaysia
Ni, gambar sidang UMNO serentak di Ipoh.....
Ramainya....ada bawa cucu..ada bawa anak saudara.
Bagus tu...supaya generasi ni kenang jasa UMNO...Tak kenangpun tak apa asalkan mereka jaga tanah air tercinta