Monday, July 12, 2010

Musuh tradisi

Pepatah Cina ada mengatakan, sehari, cari seorang kawan...Bukannya cari seorang musuh.
Namun, apa yang nak dikatakan ini, harap pembaca semua renung-renungkan.
Dalam Istilah Bahasa Melayu kini sudah ada perkataan iaitu "MUSUH TRADISI"
Jika tak salah, ungkapan ini, sering disebut oleh orang dari parti PAS terhadap UMNO.
Contohnya, kata Nik Aziz, lebih baik berbaik dengan Setan daripada dengan UMNO. Lebih baik berbaik dengan DAP daripada dengan orang UMNO kerana dia musuh tradisi kita"...Tak salahnya, macam tu la.....Kalau kita baca dalam surat khabar baik Utusan mahupun Harakah.selalunya Nik Aziz kata begitulah...

Apa lagi orang-orang sekelilingnya....Maka dicanangkanlah sehingga kini, UMNO musuh tradisi PAS..

Maka kerana musuh tradisi ini berlakulah masam muka, cabar mencabar sehinggalah dalam rumah tangga..Saya tak dapat bayangkan bangaimana kehidupan suami isteri jika seorang PAS seorang UMNO...Sehinggakan menganggu amal mereka nak menunaikan fardhu haji. Seorang nak pergi dengan Tabung Haji..Seorang tak mahu...

Kemudian, berlaku kes bila siayah pesan pada anak-anak, balik rumah, jangan cakap politik...Takut, bila dah berkumpul, jadi pula kes gaduh anak beranak...Senario ini dah biasa di kalangan keluar Melayu kini.

Bagaimanapun, rata-rata bila ditanya kepada orang UMNO, siapa musuh tradisi mereka, ramai yang menjawab "kami tak ada musuh." Ataupun ada juga yang mengatakan...Orang yang selalu anggap kami musuh...tapi kami tak anggap depa musuh"

Untuk itu, ingin saya singkap sejarah jahiliyah.....Sebab seekor unta, sesuatu bani itu bermusuhan sehingga beratus tahun....Sehinggalah bila zaman Nabi Muhammad S.A.W. baginda berusaha menamatkan pemusuhan ini atas nama seagama (ISLAM)

jadi, marilah kita berfikir....."MUSUH TRADISI ini, berlaku zaman Arab Jahiliyah....Tetapi lihatlah hari ini....jika PAS ada musuh tradisi ini,...mereka ni apa......Fikir-fikirkan....

No comments:

Post a Comment